Monthly Archives: Oct 2021
Dekat.
MA’RIFATULLAH كنل الله
Shaykh Abdul Qadir Jailani mengatakan:
“Maksud dari ma’rifatullah adalah membangun kesadaran dalam kalbu bahwa Allah sangat dekat dengan dirinya, selalu menjaganya, berkuasa atas dirinya, menyaksikannya dan mengetahui tindakan-tindakannya.
Ma’rifatullah adalah meyakini bahwa Allah Maha Mengawasi dan Maha Memelihara, Mahaesa, dan Mahaagung, yang tak ada sekutu dalam kerajaan/kekuasaan-Nya. Jika berjanji Dia menepati. Jika menjamin, Dia memenuhi dan jika diminta, Dia akan mengabulkan.
Dia adalah tempat kembali seluruh makhluk dan sumber segala tindakan, Dia berkuasa memberi pahala dan siksa, tidak ada sesuatu pun yang menyerupai dan menyamai-Nya.
Dialah Allah Yang Maha Mencukupi dan Maha Penyayang, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Dia mengetahui semua yang ghaib dan samar, bahkan sesuatu yang terpendam di dalam kalbu, terdetak dalam pikiran, kegalauan hati, keinginan, cita, gerakan tubuh, hingga kerlingan mata, lirikan dan sorot sindiran, serta semua hal yang ada di atas atau bawah semua hal tersebut,
yang sangat lembut hingga yang tak dapat diketahui, dan sangat besar hingga yang tak mungkin digambarkan. Sungguh, Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Jika seseorang telah menanamkan kesadaran seperti ini dalam dirinya dengan keyakinan sempurna dan kokoh,
beserta amal-amal kebaikan yang bermanfaat, kemudian diterjemahkannya dalam setiap anggota tubuh, setiap persendian, urat nadi, rambut dan kulit, lalu dia yakin bahwa Allah yang mengurus semua itu,
mengetahui seluk-beluknya, dan mengawasi segala gerak-geriknya tanpa ada satu pun yang terlewatkan.
Jika semua itu telah tertanam dalam kalbunya disertai tekad yang benar dan akal sempurna, maka bererti dia telah melakukan muhasabah dan memahami makrifatullah.
Dia pun akan berada di tempat mulia di sisi Allah dengan kewaspadaan tingkat tinggi yang menyertainya dalam segala keadaan. Ini adalah tingkatan para ulama ahli makrifat yang bertakwa dan wara’.”
Shaykh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Al-Ghunyah litolib Toriq al-Haq
⬇️
صلوا على حبيب الله!
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، بِاللِّسَانِ الْجَامِعَة في الْـحَضْرَةِ الْوَاسِعَة، صَلَاةً تُمِدُّ بِهَا جِسْمِيْ مِنْ جِسْمِه ، وَقَلْبِي مِنْ قَلْبِه، وَرُوحِي مِنْ رُوحِه، وَسِرِّي مِنْ سِرِّه، وَعِلْمِي مِنْ عِلْمِه، وعَمَلِي من عَمَلِه، وخُلُقِي من خُلُقِه، ونِيَّتِي من نِيَّتِه، ووِجْهَتِي من وِجْهَتِه، وقَصْدِي من قَصْدِه، وتَعُودُ بَرَكاتُها عليَّ وعلى أَوْلادِي، وَعَلَى أَهْلِي، وَعَلَى أَصْحَابي، وعلى أَهْلِ عَصْرِي، يا نُور يا نُور يانور، اجْعَلْني نُوراً بِحقِّ النُّور
يارب صل علی محمد، وافتح من الخير کل مغلق
ﷺ ❤️ ﷺ ✨صلوا على حبيب الله✨ ﷺ
صلى الله عليك و سلم يا حبيب الله
في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله
Walk.
Surah Al Ikhlas.
News
BREAKING NEWS: KERAJAAN SUDAN PERAMPAS ASET PETRONAS TUMBANG!
- Terkini nasib 42 rakyat Malaysia di Sudan dan aset Petronas yang dirampas rejim Abdalla Hamdok pro-Israel hari ini menjadi tumpuan dunia apabila tentera di bawah Jeneral Abdel Fattah al-Burhan bertindak merampas kuasa.
- Sebelum ini, kerajaan Sudan pro-Israel pimpinan Abdalla Hamdok bertindak melampau apabila bukan sahaja merampas aset Petronas pada 5 Oktober, bahkan turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengurus Petronas di Sudan pada 12 Oktober.
- Malah, Abdalla Hamdok yang sebelum ini merupakan ahli ekonomi mesra Barat di PBB turut bertindak merampas aset milik Turki, Pakistan, Qatar, dan China, negara-negara yang kurang mesra agenda geopolitik Barat.
- Abdalla Hamdok juga bertanggungjawab mewujudkan hubungan diplomatik Sudan-Israel pada tahun 2020 selepas tumbangnya Jeneral Omar al-Bashir yang bertanggungjawab bekerjasama dengan Petronas dalam membangunkan industri petroleum Sudan.
- Rampasan kuasa Jeneral Abdel Fattah al-Burhan hari ini menyaksikan Abdalla Hamdok yang pro-Israel serta beberapa menteri lagi telah ditahan, manakala lapangan terbang Sudan dilaporkan telah ditutup dan penerbangan antarabangsa dilaporkan telah digantung.
- Seperti diduga, kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dengan serta-merta mendesak supaya Abdalla Hamdok dibebaskan segera dan mengugut akan menghentikan segala bantuan dan kerjasama antarabangsa dengan Sudan.
- Duta Amerika ke Afrika Jeffrey Feltman menegaskan bahawa rampasan kuasa ke atas rejim Sudan pro-Israel ini ‘tidak boleh diterima sama sekali’.
- Sebelum ini, Duta Jeffrey Feltman itu sendiri menegaskan pentingnya Sudan untuk menuruti pelan peralihan kuasa secara demokrasi yang disokong Amerika di mana kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan negatif kepada hubungan bilateral Sudan-Amerika, termasuklah bantuan ketenteraan dan kewangan: “failure to meet key benchmarks will place at risk Sudan’s bilateral relationship with the United States, including significant U.S. assistance, as well as the prospect of security cooperation to modernize the Sudanese armed forces and U.S. support in the International Financial Institutions and for debt relief”.
- Meski pun Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dianggap sebagai ‘Jeneral yang paling bersih daripada rasuah’ berbanding jeneral-jeneral Sudan yang lain, tindakan beliau menjatuhkan kerajaan Sudan pro-Israel hari ini pasti akan mengundang tindak balas dahsyat daripada kuasa-kuasa Barat yang sudah pun melaungkan amaran; bahkan gema bantahan kepada rampasan kuasa tentera ini juga sudah meletus di Khartoum yang menuntut supaya janji pilihan raya diadakan dipenuhi.
- Tumbangnya rejim Abdalla Hamdok ini membuka ruang kepada kemungkinan semakan semula kepada tindakan kerajaan Sudan sebelum ini yang merampas Kompleks Petronas di Khartoum kononnya atas tudahan rasuah. Untuk rekod, langkah Petronas merujuk kes rampasan Sudan sebelum ini ke International Centre for Settlement of Dispute (ICSID) hanya diambil selepas jalan diplomatik melalui Kementerian Luar Negeri tidak membuahkan sebarang hasil.
- Apa yang pasti, nasib 42 rakyat Malaysia di Sudan termasuk 27 pelajar yang berdaftar di sana serta aset Petronas yang dirampas masih memerlukan doa sokongan kita semua rakyat Malaysia. Sama-sama kita doakan semoga Allah peliharakan rakyat Malaysia di sana serta menstabilkan politik Sudan bebas daripada campur tangan kuasa asing yang jelas berkepentingan.
Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs,
Leiden University, Belanda

Bohong.
KUALA LUMPUR: Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad SAW yang disiarkan akhbar Britain ‘The Independent’ adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (Isisco).
Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama, Khamis, Isisco yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson.
Akhbar itu menyiarkan artikel yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.
Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad SAW akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu.
Isisco berkata, laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.
Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya.
Isisco menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah SAW akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.
Isisco juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/09/04/pindah-makan-nabi-bohong

Tazkirah.
Rezeki.
Hamka berkata
Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.
Kamu belajar tentang Sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.
Kamu tengok pula Sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.
Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.
Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti.
Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.
Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurga-Nya.
Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.
Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.
Moga bermanfaat
Sumber: Almarhum Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Mantan Ketua Majlis Ulama Indonesia / Ahli Falsafah Tersohor

